Tuesday, 26 August 2014

PEPCUBAAN SPM 2014...GOOD LUCK!



Kami, guru-guru Panitia Matematik mengucapkan selamat menghadapi Peperiksaan Percubaan SPM 2014 kepada semua pelajar SPM 2014 tersayang. Cikgu doakan anak2 semua berjaya memperoleh keputusan yang membanggakan. A+ for Maths, A+ for Add.Maths.. YOU CAN DO IT! InsyaAllah..

Tuesday, 1 July 2014

BAHAN KECEMERLANGAN TERENGGANU 2014 (BK 2014)

Bismillahirrahmanirrahim...

Salam sayang buat pelajar2 cikgu...di sini cikgu sertakan pautan ke blog Panitia Matematik Tambahan Daerah Kuala Terengganu yang menyediakan pautan untuk download BK. Bahan2 ini merupakan hasil kerja Guru2 Matematik Tambahan Team AKRAM TERENGGANU.

Semoga bermanfaat!

BAHAN KECEMERLANGAN (BK) 2014

Wednesday, 11 July 2012

Program Rakan Sifu SPM 2012

Pendahuluan


Terdapat 45 orang pelajar yang lemah dalam Matematik Tambahan dan mendapat markah < 40 dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun 2012. Sehubungan itu, pihak panitia melancarkan program ini yang mana pelajar-pelajar yang mendapat A-, A dan A+ dilantik sebagai sifu bagi membimbing dan membantu rakan mereka yang lemah.

Pelaksanaan

Seorang sifu akan mendapat 2 atau 3 orang pelajar yang akan menjadi murid mereka dan murid ini akan dibekalkan soalan oleh guru dan sifu akan membantu murid-murid mereka untuk menyelesaikan soalan tersebut. Program ini boleh berlaku di mana-mana sahaja dan bila-bila masa sahaja bergantung kepada sifu masing-masing. Guru akan membekalkan 3- 5 soalan sehari kepada pelajar-pelajar ini.

Berikut merupakan senarai rakan sifu berserta murid bimbingan masing-masing.


BIL.
RAKAN SIFU
MURID
1
RUSLAN BUKHARI BIN RUSLAN
AHMAD BAIHAQI
AHMAD IKRAM
2
MUHAMMAD ZULFADHLI BIN NOR AZMI
AHMAD AIZAT
MUHD IRFAN
3
MUHAMMAD HAMI HAKIMI BIN ISMAIL
MUHD AFIQ AIMAN
NAJIB SOLEHIN
4
MOHAMAD IMRAN BIN IBRAHIM
MOHD ADLI
MUHD SYAUQI
5
MUHAMMAD AIMAN BIN ISMAIL
QAMARUL ASYRAF
MEGAT SYAFIQ
6
WAN MUHAMMAD YUSUF BIN WAN LOKMAN
FAKHRU AMRU
AHMAD UMAR
7
LUQMAN HAKIM BIN ARIFFIN
MUHAMMAD ARIF
MOHD HARITH
8
MUHAMMAD FARIS BIN DERAMAN
MUHD HANIS
MUHD SUKRY SOLEHIN
9
MUHAMMAD ZUL ALIFF BIN MOHD ZULKIFLI
AHMAD SYAMIL
NURUDDIN
10
MUHAMMAD SYUKRI BIN SULONG
AHMAD ANWAR
MUHD HAIKAL
11
AYU SAKINAH BT ARIFIN
IZZ ISMAIL
NUR ADILA
NOR AMIRA
12
NUR ADIBAH BT JALALUDDIN
AIDURA
NURULHUDA
NURUL NADIA AZIRA
13
NURUL AIDA BT MOHD NOOR
NURUL AIN
KHAIRUN NAJAH
14
NURUL FAZLINA BT KAMARUDDIN
NURUL FARAHIYAH
NORAYATI
ADIBAH
15
NURUL NAEIMAH BT ABDULLAH
NUR NAJWA
SABARIAH
LIYANA AQILAH
16
THAHIRAH BT MOHAMMAD REDHUAN
WAN NURIZZATI
SITI HAJAR
NURUL ROSHANIZA
17
ALIAA SYAFIQAH BT OMAR
NUR NADIA NATASHA
SITI AISYAH
18
NURUL JANNAH BT KAMALUDIN
ADLEEN NUR
NUR SYAHIRA AKMAL
SITI FATIMATUL KHADIJAH
19
NURFARAH INSYIRAH BT EMBONG
NORAZIAH AMIRA
NURSHEINA AIRA
SITI FAQIHAH



Monday, 21 May 2012

Modul Plus 2012

Modul Plus Add Maths 2012 (Word Doc)

Modul Plus Add Maths 2012  (PDF)


Dear students..

Ini bukan kerja kursus..dan mungkin tidak akan sempat dibincangkan kesemuanya di dalam kelas. Tetapi, anda semua yang berhajat ingin score A+ untuk Add Maths pasti akan memanfaatkan modul ini sebaik2nya. Sebelum cuti sekolah baru2 ni cikgu dah edarkan CD yang mengandungi modul ni kepada semua pelajar Tingkatan 4 dan 5. Sesiapa yang keciciran, tertinggal kat sekolah, tak dapat buka CD atau apa2 saja yang sewaktu dengannya, boleh mendownload dari link di atas.


Soalan2 yang kedengaran..

CD apa ni cikgu? Kerja rumah ke cikgu? Nak buat kat mana?? Perlu print atau tidak?? Perlu buat semua ke cikgu? Bila kena hantar?? Jawapan kena buat jalan kerja ke cikgu?


Jawapan cikgu..

Anda mampu print kesemuanya..silakan buat.
Nak fotostat dari kawan...silakan buat.
Nak salin soalan dalam kertas..silakan buat
Nak tulis jawapan je dalam kertas kajang...silakan buat

Yang penting MESTI BUAT!

Nak seribu daya, mahu seribu cara..tak mahu seribu dalih..
Anda buat, anda dapat manfaat..
Anda tak peduli, anda jugalah yang rugi..

Pelajar cemerlang akan menganggapnya peluang..
Pelajar malas ---> nauzubillah..semoga tiada pelajar Imtiaz KT macam ni..

Tak tahu? Tak pandai? Tak faham? ----> bertanyalah..malu bertanya sesat jalan..

Cikgu doakan KEJAYAAN CEMERLANG kepada yang rajin dan sangat cakna dengan modul ini..

Buatlah dengan istiqamah
sedikit tapi berterusan hingga habis
adalah lebih baik dari buat pukal (banyak sekaligus) tapi tak habis..









Wednesday, 11 April 2012

Panitia Matematik 2012

Visi
Menjadi guru yang efisyen ke arah kecemerlangan Matematik Generasi Ulul Albab


Misi

  • Menyediakan persekitaran pembelajaran untuk memupuk budaya cinta akan Matematik di kalangan pelajar.
  • Mewujudkan budaya kerja yang cekap dan tepat berlandaskan keutamaan dalam kalangan guru Matematik

Motto
"Matematik Cemerlang, Imtiaz Kuala Terengganu Terbilang"

Friday, 16 March 2012

Creative Zone bermula!!

Alhamdulillah....blog ini makin berseri dengan adanya "header image" di atas.

Gambar tersebut telah disumbangkan oleh pelajar kita, Izz Bt. Ismail (5NF 2012). Berbanyak terima kasih cikgu ucapkan.

Kali pertama melihat gambar tersebut terus timbul satu idea untuk menggunakannya di blog ini. Ya, sememangnya cikgu sedang mencari idea bagaimana untuk menambah baik (dan cantik) blog ini supaya pelajar sekalian lebih seronok melayarinya.

Cikgu alu2kan sumbangan idea pelajar2 sekalian agar kita sama2 dapat memperkasakan blog ini, sama ada kandungannya mahupun 'wajah'nya.

Maka, dengan ini cikgu wujudkan "Creative Zone" special utk memaparkan koleksi2 sumbangan kalian ;)

-Miss Siti Nadiah-

 wajah asal gambar


 selepas di"crop" dan resize


ditambah sedikit tulisan sebab dah kebuntuan idea nak bagi gambar dan blog description sama2 duk tengah2....hahaha