Monday 21 May 2012

Modul Plus 2012

Modul Plus Add Maths 2012 (Word Doc)

Modul Plus Add Maths 2012  (PDF)


Dear students..

Ini bukan kerja kursus..dan mungkin tidak akan sempat dibincangkan kesemuanya di dalam kelas. Tetapi, anda semua yang berhajat ingin score A+ untuk Add Maths pasti akan memanfaatkan modul ini sebaik2nya. Sebelum cuti sekolah baru2 ni cikgu dah edarkan CD yang mengandungi modul ni kepada semua pelajar Tingkatan 4 dan 5. Sesiapa yang keciciran, tertinggal kat sekolah, tak dapat buka CD atau apa2 saja yang sewaktu dengannya, boleh mendownload dari link di atas.


Soalan2 yang kedengaran..

CD apa ni cikgu? Kerja rumah ke cikgu? Nak buat kat mana?? Perlu print atau tidak?? Perlu buat semua ke cikgu? Bila kena hantar?? Jawapan kena buat jalan kerja ke cikgu?


Jawapan cikgu..

Anda mampu print kesemuanya..silakan buat.
Nak fotostat dari kawan...silakan buat.
Nak salin soalan dalam kertas..silakan buat
Nak tulis jawapan je dalam kertas kajang...silakan buat

Yang penting MESTI BUAT!

Nak seribu daya, mahu seribu cara..tak mahu seribu dalih..
Anda buat, anda dapat manfaat..
Anda tak peduli, anda jugalah yang rugi..

Pelajar cemerlang akan menganggapnya peluang..
Pelajar malas ---> nauzubillah..semoga tiada pelajar Imtiaz KT macam ni..

Tak tahu? Tak pandai? Tak faham? ----> bertanyalah..malu bertanya sesat jalan..

Cikgu doakan KEJAYAAN CEMERLANG kepada yang rajin dan sangat cakna dengan modul ini..

Buatlah dengan istiqamah
sedikit tapi berterusan hingga habis
adalah lebih baik dari buat pukal (banyak sekaligus) tapi tak habis..